Memang confuse sangat2 sekarang nih. Bila kali ke dua kena
admin ward baru rasa macam tersedar. Eh, sakit aku ni sangat mengganggu la.
Haishh..Bukan nak merungut tapi aku rasa macam terkejut, eh betul ke ni? Eh,
aku sakit?? Rasa macam x percaya aku sakit, aku jalani kehidupan seperti biasa.
Tapi x boleh, aku cepat penat, aku cepat stress. Huhuhu..
Lepas makan ubat mesti aku rasa macam atas awan. Sedar tak sedar je. Cakap kadang-kadang x sedar aku
cakap kuat. Hish..Dah ni kenapa plak. Kawan aku kata aku high..Hah, baru aku
perasan aku high..aduh..
Keje!! Ni lagi 1.
Masalah besar nih. Aku nak keje tapi aku takut nak keluar rumah. Ni penyakit
baru nih. Aku takut nak jupa orang sebab takut orang tu berpenyakit. Nanti aku
terjangkit. Pastu kena Ward lg. Aku x nak. Aku x nak kuar rumah sebab aku x nak
makan luar. Takut makanan x bersih. Orang cakap masak la sendiri senang..Ye,
mampukah aku. Aku jadi penat bila penat stress bila stress perut aku sakit.
Bila sakit for sure kena Ward lg. Arghhh..dugaan..
cemana nih cemana
nih. Cita2 nak ada career growth mati begitu sahaja.
Seriously im down tahap super gaban.
Tak boleh terima.
Sekian, wassalam.
0 comments:
Post a Comment