RSS
Showing posts with label RUMAH LELONG. Show all posts
Showing posts with label RUMAH LELONG. Show all posts

Rumahku For Sell

em quite dissapointed actually. Bila tengah tulis ni pon rasa berat lagi hati nih. Tapi nak buat macam mana. Serius bila g lawat rumah tu semalam rasa macam encik rumah tu memang terdesak and tengok anak dia macam abang aku, berat tol hati nak kasar2. Last decision jual je rumah tu, terpulang kat owner baru nak buat macam mana kat previous owner.Aku dah x amik peduli lagi dah. Semalam jumpa En Azmi tu asyik blame bank and blame aku. Oi aku bagi stay kat rumah tu selama 4 tahun free kot. Nak tunjuk kepala. Tak reti berterima kasih ker? Geram! Ok, baiklah. Saya let go this rumah tecik and plan to buy another lelong house. Muahahaha. Yes, im not serik and doing this irritating work makes me more hungrier og new lelong house. I know the flow already and its can make money. But for sure aku akan pastikan x de manusia dalam kediaman lelong tersebut sudah la.. Adios!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rumah Lelong part 8- Deed OF Assignment

Rasa macam nak maki-maki jew peguam tu tapi sabar jer la..x nak maki-maki and nak try clam down and face the really with an open heart. Maybe Allah send this as almighty guidance. me only need to valuate deep find the truth.. gembira dan lapang hati sebab DIA masih tunjuk jalan pada ku.

Mungkin dalam 2 ker 23 hb 02 aku tergerak hati survey peguam-peguam di petaling jaya untuk continue case rumah aku bg halau @ keluarkan penghuni kat sana sekarang ni..

most of them reject the case and ask me refer back to my current lawyer; aku serik dah ngan lawyer tu and aku memang x berminat nak g sana g.

tapi ada 1 lawyer kt 1 firm kt pj dekat dengan kedai makan china (middle part) new town tu; nama dia Puan Syarifah Intan sangat baik and dia advice aku pada yang aku ada ni x sampai 5% pun dari dokument yang patut aku dapat untuk jual beli rumah. masih banyak lagi dokumen yang perlu dan paling penting deed of assignment.

1st dia nasihat aku refer majlis peguam and sebenarnya aku mmg dah penah pergi sana tapi sangat banyak dokumen yang perlu and 1 of them kena buat report polis, stamping, fee Rm100 dan banyak lagi..rumit sket.

So aku pon merayu la, x nak la buat cem tu skang just nak halau orang tu kuar dari rumah jew. Peguam tu cakap since saya dah bayar all price untuk rumah memang rumah tu under my right and i boley nak halau tapi sangat memakan masa.

then after lama minta tolong rayu dia; dia refer member dia kt kl. tapi in case ada sesiapa kenal puan syarifah intan yang sangat baik hati ni tolong sampaikan salam and beribu maaf since my hubby said better ikut nasihat yang 1st continue refer kt majlis peguam and fill up /prepare all the doc required untuk submit g lembaga tatatertib. lepas tu baru nak g cari lawyer yang puan syarifah recommended tu..terima kasih sangat2 atas nasihat dan panduan.

lepas kuar dari office lawyer tu, terus tet tet tet tet
 'bley cakap dengan hasanah?''
reply di sana "sekejap ye"
selang beberapa minit call drop.(sakit ati!!)
 Call balik 'hasanah ada?'
 reply "sekejap"
 reply" yer, hasanah ni"
 balas"saya ni, mana saya punya deed of assignment"
reply" Eh, ada ni. Staff lupe hantar la ni. hehehehahaha"
 terdiam sekejap tahan nafas. Sumpah kalau depan mata makan penampar dah..Cuba pikir cemana la nak layan baik2 orang cem gini..sangat mengjengkelkan.

Pada 25-2-2-10; doc berikut deliver to my house by citylink. Maybe tuhan nak bg bukti dekat sampul x der bukti sampai bila tapi since kami lambat buka pintu deliverer tu tampal collection reminder and put date skali..

last but not least:-




beria giler tel suruh hantar document ni balik; salah hantar katanya..buat keje ape2 jek!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rumah Lelong part 7- House Valuation

le[as dah settle all the payment lawyer said the tunggu call dari valuation company untuk valuate rumah lagi sekali..ada sorang hamba allah tu cakap 1 kali valuation rumah dah cukup since masa rumah nak kena lelong rumah tu dah kena valuate.

Tapi dah lawyer suruh buat jugak2 and dia cakap x mahal pon cume 2-300 jew maka terpikir dalam hati x perla guna duit gaji jew ok..

then that person come and ask for deposit RM300.

Sila lihat hasil valuation and actual amount as follow:-






As they ask me to promote to my fren or so on; so i used this blog to promote yours since this only i have :)

so, the actual amount is??? See, again wrong advice!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rumah Lelong part 6- Clear utang rumah**Aurgghhhh..

Lame giler x menulis ni..nasib kt sesawang, klu kt luar ni sure dah bersawang..


Mood nak tulis pasal rumah ni sebenarnya dah zero coz dah 1 year pon x settle2 g..meh la continue sket2 even bukan org lain buat untuk diri sendiri n nak show for my future kids that what was happened to their mom and dad on early marriage. "all those happened have occurred..nothing to be deplored.so make it guide and lesson for my lifetime" ini untuk diri sendiri..


part clear utang memang leceh...sbb aku mmg paling liat nak clear utang..hahaha..tp utang ni cemane pon still kene bayar n boley delay jew..


mase mula2 discuss pasal bayar banyak mana tu, si Halim tu cakap semua charges bank yang tanggung aku cuma bayar deposit and baki bank yang akan tanggung..cem biasa la penat dah nak cakap semua tu tipu belaka..


tapi tu la, maybe ini semua untuk didik and petunjuk kt aku betapa pentingnya duit dan betapa manusia langsung x heran menipu just pasal duit . Paling penting kalau sebelum ni aku x heran pasal duit dan aku jarang sangat nak peduli pasal duit kini dah start sangat berkira pasal duit and sangat kedekut pasal duit. Aku pon x tau kenapa..
Tapi bila dengan family still lagi ok, okeh!


Peguam rumah call and suh aku dtg settle document apa ntah aku pon dah lupe, pastu dia push aku g bayar utang rumah as soon as posible. terkejut gak cooz duit mmg dah abes terus nak kawen ni and kene clear hutang rumah lak..dia cakap kene clear dulu nanti dapat refund semua tu..


Sebelum tu, soalan aku:-


Salah ker aku pecaya cakap Lawyer aku??Aku dah bayar dan aku beli service tu so salah ker bila apa yang dia cakap aku percaya? Entahlah..


Bill rumah tu seperti dibawah:-

aku bayar penat2 sapi gak dapt nama kan? (aku guna peribahasa ni!)

x dapat refund pon; aku pon x paham kenapa aku kena bayar since klu nak cleAR utang that person still use it and continue add on the utang ok! So what point aku kena bayar time tu?

Cukai Pintu or tafsiran (call cakap minta no akaun and bill)

mula2 tu aku n hubby nak cancel kan beli rumah ni sebab memang x der saving untuk sume ni..duit dah abes pakai untuk kawen. tapi lawyer tu beria convinct kitorang duit bley dapat balik and aku terpk maybe bley buat loan and and lawyer said blry kuar duit kwsp. 

pastu kitorang pon start hunting buat personal loan. Lucky us easy RHB bagi loan Rm10,000 just nak settle utang rumah . Akaun 2 kwsp plak cuma ley withdraw sket jew..
RM2700 balance dep bayar kt bank
TNB: 299.30 x bley claimed balik
Maintenance: RM5209.60 (separuh saja bley claimed)
Cukai: RM730.15
RM2153.85 lawyer same (bank)
RM1844 Lawyer fee (MOT)
RM600 (valuation house)
Total: RM 13536.90

Lepas 3 bulan duit boley claim dalam Rm3050 sahaja (maintenance untuk sinking fund; cukai tanah x termasuk -sorry atas tu cukai tafsiran)

Sebab ayat ni 9 sila lihat cebisan di bawah) aku yang x paham betol2; tersirat lawyer x paham x per, advice customer salah x per tapi kalau customer salah paham that's customer own fault!!aku memang x paham concept ni!!


Sekian, wallahualam.

An-nisaa
[135]
"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."























  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rumah Lelong Part 5-Bank Loan

Mula2 saya nak ucapkan bebanyak sorry as disebabkan masalah rumah yang bertimpa2 ni terus hilang mood nak cakap or nak tulis pasal rumah lelong lagi. tapi bila ada yang tertanya2 ending kisah ni rasa macam x best plak..takut terkena kat orang lain plak..saya x nak orang lain rasa apa yang saya rasa..before ni saya selalu terbaca pasal 'pasal duit ramai irg jadi gila'- buat saya takut saya akan jadi macam tu jugak ker?Huhuhuhu...

lepas kenduri dlm ujung bulan 3 lebey kurang 26hb kitorang balik puchong balik. Settle pindah rumah (sewa), then terus menuju ke bank untuk tanya pasal loan. Sebelum menang bid ari tu dah pegi tanya bank rakyat n cimb tapi kt cawangan kota tinggi dorang cakap loan senang lulus as x banyak responsibilities. So, balik puchong dengan tinggi harapan try apply kt bank rakyat. Tapi pusing2 kt area puchong x nampak2 pon bank rakyat, last2 1 bank masuk eon bank. As tgok kt mesra.net ada penulis komen eon bank loan paling murah n cepat lulus. Then kitorang pegi 1st time tu customer service dia x der..dok sibuk kira duit kt blakang..kata staff kt kaunter puchong depan ioi mall tu. So saya n hubby g jalan2 bank lain dlu.

pastu kitorang menuju ke bank RHB kat depan IOI gak. jupe customer service dia,awal2 g dia reject 1 coz kitorang dah lambat sangat katanya.. urmm, kitorang menang 22-2-2010..then after a month nak buat loan (info taw after dpt loan n segala macam musibah menimpa) x banyak bank sanggup amik case auction terumata yang lambat cem ni as loan process tu panjang so bank akan avoid. Dia advice amik bank lain. (saya n hubby pegi 2 kali kt bank tu jupe orang lain2 same advice dia bg..;for me RHB train their staff sangat baik sbb all the info sama pada semua level, FYI info ni amat penting.klu u as a deliverer inform benda yang salah cemana u makan gaji untuk jadi deliverer info?pada yang terkena info salah n mengalami kerugian beribu2 ringgit sape nak responsible?orang yang bagi info?sure2 lepas tangan kan??)

then kitorang g lagi cari bank rakyat as ada org cakap bank rakyat murah gak. kitorang cari sampe giant bandar puteri tp x jupe jugak (actually bank to hiding kt blakang lawyer office yang kitorang amik tu).

kt area bandar puteri tu sangat banyak bank, so kitorang tuju bank ambank..caltulation dia x ingt kene refer kt file balik as saya nulis ni kt opis..ehehehehehe...tp dalam 240 cem tu per month 30 tahun.
Summary la senang citer:
Ambank : bley offer Loan rumah 90% dr RM50k(harga sebenar rumah), processing fee ,lawyer charges bley include dalam loan, convetional RM240/mth for 30yrs (x confirm)

Maybank: bley offer Loan rumah 80% dr RM50k(harga sebenar rumah) as rumah consider below RM50k.terus x tanya2 coz lain as sedar diri x der duit.

Alrajhi: x der offer loan untuk rumah bernilai RM50k below. Loan paling ok untuk rumah RM100k above or RM150 above (x sure la mne yg betol call tanya bank seniri k;yang pasti below RM50 dia reject..)

CIMB: x ingat la yang ni..(x berusaha tanya bebanyak pon as staff dia time tu cem x nak layan besides dengar citer CIMB loan banyak hidden cos..so, saya tarik diri;true info saya x tahu, refer kt bank sendiri k)

Citi: X sempat g as offce punya pintu x jumpa..hahahahaha

Public Bank: amount x ingt tapi still islamic x sampai Rm300. (reject due to high usage my credit card huahuahua)

Eon: ini ada cerita sikit, as rasanya suma orang patut tahu hal ini n sebegini x patut berlaku. time saya n hubby g buat loan person yang assist nama dia raja. saya cerita loan and all the document saya bg on the spot sbb nak cepat2 apply loan. Saya ada gtw credit card usage dah nak over limit (kenduri khawin punya spending ooo) tp en tu cakap patut x der masalah. Kami juga deal yang bank akan guna dia punya lawyer untuk buat semua urusan termasuk la saya punya doc rumah lelong tu. Lepas 2 minggu call hotline, hotline cakap x der dalam system. Banyak kali call mmg x der dalam system. Lepas tu kami pergi semula tp org yang assist to x der, dia keje luar kami check loan dengan org lain means staff lain. Dia check system nama kami x der pon dalam system. Lepas tu dia advice kami refer kt raja juga as dia the 1 who assisst kami. Lepas tu dalam masa yang sama kami apply personal loan pada orang tu.
Kalau x silap dalam 3-4 hari kami telefon eon bank hotline dia cakap personal loan tgh process tapi home loan memang x der. pelik x?
then next day kami pon telefon ke Eon bank n dapat bercakap ( x ingt la either dia call or kami yang call). Dia cakap dia dah submit bagi kt bos dia n loan x lulus. dia kata eon bank x buat loan below RM50K. Betul ker? kecewa sangat2 dengar macam tu. betol ke procedure eon bank macam tu??
Kepada yang berkenaan sila lah nasihat..


Terkini:-
Tadi kami call owner, n owner cakap rumah dia x kena lelong n rumah tu still rumah dia. Dia cakap 3 bulan lepas dia ada dapat surat  mengatakan geran rumah dah keluar n dalam minggu ni or minggu depan dia boley amik geran rumah. kami pon pelik as AMbank dah terima payment kami bernilai Rm54K n document dalam minggu ni dah boley amik. Begitu juga kata lawyer last 2 weeks.
x paham la.sape menipu n sape yang tertipu..


TO BE CONTINUE....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beli Rumah Lelong -Feedback 2

Atas nasihat Tuan Bri aku g ler search pasal MOT, di bawah info yang aku dapat dari D'Rumah:-

Duti setem apa yang anda harus tahu tentangnya @ MOT

duti setem
duti setem
Apa itu duti setem? Mungkin ada diantara pembeli-pembeli baru yang keliru tentang duti setem. Secara mudah duti setem adalah satu taksiran cukai atau pungutan duti setem yang tertakluk pada akta setem 1949.
Akta Setem 1949 memperuntukkan pengenaan duti atau cukai mengikut nilai hartanah dari setiap transaksi hartanah anda. pembayaran cukai atau levi ini adalah wajib pada setiap transaksi hartanah melainkan adanya pengecualian tertentu dari pihak kerajaan. Ini termasuklah transaksi penukaran nama dari aktiviti jualan atau hadiah, di mana walau apa jenis transaksi yang dilakukan pemilik asal pada pemilik baru… duti setem tetap akan dikenakan pada transaksi itu.
Di dalam kes pembelian mana-mana urus niaga, kontrak jualan dan belian anda sebagai pemilik baru akan dikenakan duti mengikut nilai harga yang berkaitan. Sebagai contoh apabila anda membeli hartanah bernilai RM700,000, anda dikehendaki membayar duti setem mengikut carta dibawah;
  • RM100,000 yang pertama: 1% dari RM100,000 pertama atau RM1.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.
  • RM100,00 keatas tetapi tidak melebihi RM500,000: 2% dari 100,000 hingga ke RM500,000 atau RM2.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.
  • Melebihi RM500,000: 3% pada RM500,000 seterusnya atau RM3.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.
Jika di simulasikan pembayaran duti pada hartanah yang berharga RM700,000 adalah;
Harga Rumah
RM100,000 pertama – 1% x RM100,000 = RM1,000 duti Setem yang dibayar (baki harga rumah – RM600,000)
RM400,000 seterusnya – 2% x RM400,000 = RM8,000 duti setem yang dibayar (baki harga rumah – RM200,000)
RM200,000 seterusnya – 3% x RM200,000 = RM6,000 duti setem yang dibayar (Jumlah harga rumah RM700,00)
Ini bermakna jumlah bayaran duti setem pada rumah ini adalah RM15,000 sahaja
Selain dari pengiraan manual, anda juga boleh menggunakan kalkulator pengiraan duti setem disini PENGIRAAN DUTI SETEM BAGI PINDAH MILIK HARTA TANAH yang terdapat di laman web Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan juga boleh diakses melalui www.jpph.gov.my.
Sebagai pengguna anda harus tahu apakah hak anda dan bagaimana duti setem ini dikira. Supaya anda tidak tertipu atau menjadi mangsa penipuan pada pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan diatas ketidak pastian anda.
semoga info ini dapat membantu…
 Ni lak aku try masuk amount umah yang aku menang tu, aku guna link ni  PENGIRAAN DUTI SETEM BAGI PINDAH MILIK HARTA TANAH:-

PENGIRAAN DUTI SETEM BAGI PINDAHMILIK HARTA TANAH


Sila masukkan harga balasan/ nilai pasaran harta (mengikut mana lebih tinggi):RM
RM 100,000 pertama: RM 54,0001%RM : 540
RM 100,001 hingga 500,000: RM 02%RM : 0
RM 500,001 dan selebihnya: RM 03%RM : 0
-----------------------------------
Jumlah: RM 54,000RM: 540
Jumlah Duti Setem Yang Perlu Dibayar =====>RM : 540
Aku jadi makin x paham la..susah2...kalau ikut table ni baru RM540. Documentation harga beribu ker??Teringin gak aku nak tahu documentation apakah yang dibuat oleh lowyer?



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beli Rumah Lelong -Feedback

Gara-gara aku x puas hati dengan lowyer aku, aku pon dengan bengangnyer pos kat mesra.net..seperti dibawah:-

hi, saya nak tanya case saya pulak pasal lawyer..saya x puas hati sebab saya rasa lawyer saya buat kerja sangat lamabat. dia update saya status pon slow. kebanyakannya kena saya tanya baru bagitau. kalau x dia buat x tahu saja. pada pengalaman korang, korang semua bayar full amount dulu ker baru dia buat kerja. masa saya g kat lawyer tu pon agen yang pas kan details saya kt lawyer tu dan lawyer tu asik telepon saya. tapi masa tu dia x bagi terus pon bill. dia cakap lambat x pe.lepas tu lepas sebulan masa sign home loan agreement baru dia bg bill RM3999. bley ea macam tu? leps tu sekarang minta sayang baya RM2500 bg tempoh 1 week kalau x dia x nak buat S&P.lepas tu siap ugut saya akan dikenakan bawah akta Section 6 of the Solicitor’s Remuneration Order 1991? Bley ea macam tu?sampai sekarang pon S&P saya x settle lg n due date plan 28/06/2010 ni..haishhh....


kalo lawyer sendiri..maki ajer atau fired sahaja dia..lawyer yg kita hired adalah umpama pekerja kita..dia berkhidmat utk kita apa..
tapi kalau lawyer developer..sepatutnya dia berurusan dgn developer pasal bayaran..dgn kita dia takde urusan apa2 tentang duit..
lawyer masa beli rumah ni tugas dia cuma pemerhati dan tukang approve yg urus niaga kita itu dah masuk undang2..tak caya cuba masa nak saman developer mintak lawyer tu jadi peguambela kita..gerenti dia cas lain punya..

bagaimanapun..urus niaga jual beli rumah ni mmg lambat & mkn masa..tapi yg bestnya semua bayaran kita buat selepas sesuatu kerja itu siap..kalau perlu guna duit pun mereka akan mintak ikut berapa persen kerja mereka yg dah siap..

mengikut pengalaman saya..bayaran lawyer (lawyer kita yg hired sendiri) ialah masa snp dah siap utk di sign..dia akan panggil kita utk sign snp dan masa tu dia akan hantar sekali satu bil kita kena bayar masa dtg sign snp tu.. sebelum snp disign kita tak payah bayar apa2..kalau snp dah siap sekalipun tapi kita tak jadi beli pun tak payah bayar jugak (ini pernah saya buat dulu..haha)..tapi kena la ada sebab yg kukuh pasal apa tak jadi beli..

tentang home loan agreement tu..saya sign sekali masa sign snp tu..sebab nak buat loan rumah ni kita kena ada detail rumah apa yg kita nak beli..semua tu ada dlm snp laa..check aggrement loan tu ada tak dinyatakan detail rumah tersebut didlmnya..alamat hartanah..no Lot ke..no HSD ke..masa beli rumah kita kena tau detail berkaitan hartanah tersebut..kang tak pasal2 terbeli tanah kubur pulak..he he..lagi baik dptkan detail dan pergi check kat pejabat tanah..ada tak tanah sekian2 ni dlm peta daerah tersebut..check sekali lesen pemaju valid ke tidak..kalau tak tau mintak kat pemaju no lesen mereka..

snp takkan bg apa2 makna selagi kita tak sign..dan kita kan pengguna..so peguam takde hak nak paksa kita kalau kita tak nak perkhidmatan dia..yg penting jgn sign apa2 kalau kita tak pasti..dan tgk betul2 setiap dokumen yg kita sign..

bil peguam mahal woo..rumah harga 130k pun masa sign snp dah mintak 2 ribu lebih..


Colum atas tu soalan dari aku..colum kat bawah tu pendapat pembaca...
bawah ni plak reply dari Tuan Bri :-


lepas tu loan kt eon bank confirm x  hantar2 lowyer punya loan lulus kt HLB. buat loan Rm48K kena bayar RM138K. islamic dowang kata memang cem tu. 

- memang loan islamic camni. Banyakkan membaca dalam forum dan tanya balik banker yg bagi Letter Offer utk sign loan kenapa RM138,000.

lepas pada tu dia cakap pasal mentenance. dia kena check semua hutang rumah lama dan bayar..klu x, bank x kan release payment. saya pelik as sebelum ni agent tu cakap saya cuma kena bayar 5% jew deposit..lowyer, maintenance and semua lain bank tanggung..niat hati nak cancel tp bila fikirkan duit fee agent tu dah burn RM3000 rasa macam rugi sangat2. kami ni baru nak mula hidup kerja pon baru g so bila hilang duit dalam amount macam tu memang terasa sangat2. lepas tu bank plak cuma bg loan 90 %, baki bayar sendiri. lowyer fee (S&P + loan) Rm3999. memang ini ker harganya untuk rumah RM54K?


- Lawyer fee memang ada 2 . Harga telah ditetapkan oleh Bar Council.
- Loan memang pihak bank cuma bagi 90%.



lepas tu saya check all owner lama punya utang RM5200 air n mantenance, RM780 cukai, RM300 untuk electrik. lepas tu yang paling sakit hati owner lama x nak kuar dari rumah tu. sya rasa tertipu sangat dengan agent tu sebab dia cakap x payah bayar langsung n orang yang dalam rumah tu bank yang lelong akan halau. tapi lowyer tu cakap saya yang kena halau sendiri..soalan saya, betulke saya yang kena halau? boley saya cancel, kalau saya cancel deposit masa bid dapat balik x?betulker cheack all the hutang saya kena buat sendiri?bukan lowyer yang check? 

- Lawyer cuma buat S&P dan Loan sahaja. Dia dibayar utk 2 benda tu sahaja.
- Hutang (outstanding) kena baca balik Kontrak yang dapat daripada pelelong. Ada tak mention yang bank akan bayar semua tertunggak ?


saya dapat info dari bank duit yang saya bayar (maintenance, electrc, air) tu boley claime dulu kt bank x payah tunggu bank loan to release payment. my lowyer x tahu n now asyik paksa saya bayar duit baki yang saya belum bayar. my hubby plak suruh saya deal dengan lowyer ask payment dia amik time claimed nanti. sekarang lowyer plak ugut x nak buat pape kalau x bayar duit yang dia nak. saya betul2 tertekan dan sangat tension sbb awal2 dulu dia cakap settle semua baru bayar sekarang dia cakap lowyer lain semua bayar dulu baru service. pada saya kalau saya tahu memang kene bayar dulu n atas budi bicara dia saya dpt lambat sekurangnya saya ready, tapi tidak. dia yang sendiri cakap boleh bayar lambat. saya tidak tahu menahu cemana bayaran untuk legal fee ni sebab ni kali pertama beli rumah..Saya memang bergantung pada lowyer saja..tapi dari apa yang berlaku saya yakin lowyer saya x reti buat kerja.. saya consider siap keje baru bayar.sekang nak ugut plak x nak proceed S&P.saya takut nak bayar coz dia buat kerja sangat slow n banyak info saya kena find sendiri.beside dia boley cerita keburukan customer dia kt customer lain depan customer. 
soalan saya: boley x saya assign lowyer lain untuk S&P dan proceed action seterusnya?? atau boley saya cancel jual beli ni? boley saya dapat balik semua amount yang saya dah bayar dari bank? disini saya forwardkan bill yang lowyer saya kepilkan kepada saya.


- Kalau cancel , Deposit burn
- Nak assign lawyer lain, dah terlambat. Nak kena bayar jugak sebab dia dah buat kerja.
- Boleh minta nasihat daripada Majlis Peguam<- aku dah tel tanya legal officer pasal benda ni, dia mmg akui ada 1 akta yang backup lawyer if client x nak bayar; bila aku tanya event poor service pon dia cakap ya!tapi dia cakap sebelum lawyer tu kenakan akta berikut kepada client dia perlu terang dengan jelas bagaimana cara pembayaran tapi dia sendiri pon macam confius. Lepas tu aku cakap pasal lawyer tu rude, tapi bila aku cakap macam tu macam bawak mulut la plak hehehehe nasihat dia suppose lawyer x bley buat macam tu n boley dikenakan gantung lesen..tp depends on case gak..buat complaint formal kt web katanya..aku plak, ntah la..aku nyesal jew la..serik dah!!!
- Selalunya oustanding memang kita bayar dahulu, kemudian kita claim balik drpd bank.

APA PENDAPAT KORANG SEMUA??AKU MEMANG X TAHU AS AKU 1ST TIME BELI NI...MMG AKU X TW CARA NAK DEAL NGAN LOWYER YANG KITA ASSIGN.
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beli Rumah Lelong Part 2-won Bid

Sambungan:-

22/02/2010 ( Isnin, 2 minggu sebelum majlis pernikahan). aku g keje ari tu macam biasa. pagi tu shift pagi so balik pukul 5. coz my finace (now my hubby) amik kereta ari ni so dia dtg pick up kat opis.dalam pukul 12 pm cem tu baru perasan my handset 'going to die'..aiyak, org cuai cem aku ni memang cem tu..KO la plak..dah r aku dok nunggu panggilan penting ni.."x pe la, kalau x dapat tel ari ni mesti ada miscall mesti dia tel balik...hmm"kata aku dalam hati..niat 1 jew, x nak risau sangat..hehehehe.. (walopon aku tau aku cakap cem tu nak tenangkan ati aku, tp aku tetap terpengaruh gak..asal ek???hmm)..

Abes keje tunang aku dah parking kt bawah tunggu putri dia turun ni..hehehehe...sampe2 kete kitorang g makan jap sampe pukul 11pm cem tu kot  baru dia hantar aku balik..ni lambat rasanya including tgok wayang kot..maklum la tgh panas nak kenduri walopon dah balik kali mentua pesan jgn jupe sangat before kenduri, nanti ilang seri..hehehehe..(hp off ler coz abes bateri, x sampe umah lak tu).. 
Sampe rumah terus capai charges, charge hp..x sampe 10 second my hp kembali bernafas..tut tut,tut tut,...., tut tut...dan berkali kali jugak la..waa, terasa cem VVVVIP lak..hehehehe...ada miskol mak aku, miskol tunang aku...DANNNN haaaa, ini la aku tunggu..RUMAH LELONGGGGG....dalam hati tertanya..''aku menang ker??banyak miskol ni.." tgok miscall notification dari DiGi ada 22 miskol..ada SMS berbunyi "urgent, call segera".. aku pon dengan tidak bertangguh terus tut tut tut tut..tut...dial la the number belong to the person.. En. Halim pon jawap..aku dah lupe dialog malam tu..tapi aku dapat 1 berita gembira n 1 berita sedey...

Halim tu cakap, tadi time bid dia berjaya kompromi dengan bidder yang lain tapi dengan syarat kena bayar sket..(below the line,ada paham??alah, cem rasuah la senang citer)... dia cakap ada 5 bidder.. bayar sorang RM300..dengan itu diorang termaktub dengan perjanjian tidak akan bid untuk rumah IDAMAN aku...disebabkan dia telefon aku tak dapt2 lebey dari 50 kali (dia cakap r, digi bagitw sial  halim ni tel 22 kali jew..sape tipu di sini??Digi ker??halim kerr??) maka dia pon bertukar menjadi aku( customer dia) dan membuat perjanjian ikut suka hati..dia kata dia bayarkan guna duit dia dulu RM1500 dan aku menang rumah denga harga RM54000...(dia cakap murah tp...aku akan tunjukkan bukti nya dalam part akan datang..suspende sket)..sebab aku bodoh eh, sengal aku g pecaya cakap dia..nak cari duit RM1500..lagi 2 minggu nak kenduri ni??cane??aku pikir x pe la...guna sket jew..x luak pon..maka tut tut tut tut...tut..."lalingggg...."..paham??? hehehehe, aku tel la the account holder..aku citer la aku yang halim bgtw aku..dia panas tol..tunang aku suh aku minta halim slip la..pastu aku pon cakap kt halim..pastu halim cakap sejak bila "kaw tim" ada slip? betol gak kan??adeh, marah r laki aku tu..aku pon x tunggu lagi terus g cari info kt tenet..zassss....Blog dan forum2 inilah yang banyak bantu and pahamkan aku dunia lelongan ni..tapi baca saja still x paham2 terkena jugak..
Pie 
dan ini yang paling banyak membantu D' Rumah.


Dalam link2 ni ada mengatakan juga akan ada kau tem di kalangan permbidder2 yang dah lama kenal @ expert@experience@salo datang bid. So, baru aku senang sket..ada rupenyer..dan aku sambung baca dia cakap pon ada ulat2 yang akan tibai customer dia habes2..(soalan aku: cemana ulat tu nyer??cemane dia tibai???) tapi aku x amik pusing pasal jawapan coz aku dah solve problem aku yang pertama..Kau tem..ada!! Pembidder yang expert??ooo, hamil kan daro office lowyer sure r dia pakar..aku pon terus mengeksploitasikan tunang aku @ my hubby..

Perkara yang aku x fikir??
1. betulker ada ramai bid untuk rumah tu?
2. betulker boley pakai lowyer ni???








 Perkara Salah yang aku buat!!!
1. aku percaya as dia kata dia dari lowyer office
2. banyakknyer bidder
3.Tak payah bayar maintenance-bank bayar
4. Ada orang dalam rumah??- bank halau
5. janji bid sampai RM64 k- dia pandai2 kau tem-aku pon bayar!!!


Lepas pada tu my hubby x setuju lagi til kitorang jupe Halim tu untuk kali kedua..halim tu bagi aku mende2 alah ni..happy viewing:-

ni untuk comissien dia RM1500
dia cakap office dia kt Kajang, ni office lama..tu pasal dia highlight..aku pon x pernal call dia lepas case tu..
 
Nama company dia..bawah tu nama aku ok!!!
acceptable la kan comissien fee..


ni ehsan pagi kat aku..Nampak company stamping???Cem ni resit baru valid..resit kat atas tu ko g kedai beli and buat seniri..teringin aku nak cek berapa amount yang sepatut nya company to charge kt aku...NNt aku try call..PERLU KE??
Auction yang di menangi...yang ni suke..akhirnya ada rumah bernama SENIRI!!!
INI LA "SECOTET VILLA YANESSA"!!!!
jap2,,rumah ni blum milikku lagi dek kerja lowyer punya angkara plak..
Halim sign kt aku..tgok...nama n ic n no tel kt authorized agent..Duty stamp pon ada..
ni jew page yang dia inform aku walopon buku aution tu a bit tebal..dia cakap seolah2 mende tu x penting..dan aku pulak terlebih percaya dia org lowyer x kan nak menipu apa yang telah cakap n x kan nak tipu sesama MELAYU dan x kan nak tipu orang yang baru nak naik pelamin yang sure makan duit banyak giler pon percaya sebulat2nya x da bengkok x de senget benget..


Masa jupa tu dia cakap nak cepat..aku n my hubby minta kurang as kami memang x de banyak duit saving as nak guna untuk kenduri kawen. Dia cakap dia dah bayar guna duit dia so still kena bayar..and and banyak lagi la..lepas dia cakap2 aku pon dah lupa kami pon discuss and my hubby decide nak bayar RM1500..

Jadi total spending kami kat Halim@ Agent ni RM1500 (comission fee) + RM1500 (kawteam)= RM3000

aku ada reason kuat yang mengatakan halim ni tipu aku pasal kaw team RM1500..tapi reason kuat ni cuma andaian aku..mungkin aku salah jugak..


Ni rumah dekat ngan rumah aku beli tu..kalau sesapa nak beli siap sedia nak lawan ngan tuan rumah yang kena lelong tu as dowang x nak kuar and stay tinggal sana..apa yang aku tahu, dah berkali gak la rumah dia kena lelong n dia x kluar2 rumah sampai sekarang..kalau sesapa bli rumah ni, aku rasa akan jadi cem aku gak..MAYBE!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS