Atas nasihat Tuan Bri aku g ler search pasal MOT, di bawah info yang aku dapat dari D'Rumah:-
Duti setem apa yang anda harus tahu tentangnya @ MOT
Apa itu duti setem? Mungkin ada diantara pembeli-pembeli baru yang keliru tentang duti setem. Secara mudah duti setem adalah satu taksiran cukai atau pungutan duti setem yang tertakluk pada akta setem 1949.
Akta Setem 1949 memperuntukkan pengenaan duti atau cukai mengikut nilai hartanah dari setiap transaksi hartanah anda. pembayaran cukai atau levi ini adalah wajib pada setiap transaksi hartanah melainkan adanya pengecualian tertentu dari pihak kerajaan. Ini termasuklah transaksi penukaran nama dari aktiviti jualan atau hadiah, di mana walau apa jenis transaksi yang dilakukan pemilik asal pada pemilik baru… duti setem tetap akan dikenakan pada transaksi itu.
Di dalam kes pembelian mana-mana urus niaga, kontrak jualan dan belian anda sebagai pemilik baru akan dikenakan duti mengikut nilai harga yang berkaitan. Sebagai contoh apabila anda membeli hartanah bernilai RM700,000, anda dikehendaki membayar duti setem mengikut carta dibawah;
- RM100,000 yang pertama: 1% dari RM100,000 pertama atau RM1.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.
- RM100,00 keatas tetapi tidak melebihi RM500,000: 2% dari 100,000 hingga ke RM500,000 atau RM2.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.
- Melebihi RM500,000: 3% pada RM500,000 seterusnya atau RM3.00 bagi setiap RM100 atau sebahagian daripada RM100.
Jika di simulasikan pembayaran duti pada hartanah yang berharga RM700,000 adalah;
Harga Rumah
RM100,000 pertama – 1% x RM100,000 = RM1,000 duti Setem yang dibayar (baki harga rumah – RM600,000)
RM100,000 pertama – 1% x RM100,000 = RM1,000 duti Setem yang dibayar (baki harga rumah – RM600,000)
RM400,000 seterusnya – 2% x RM400,000 = RM8,000 duti setem yang dibayar (baki harga rumah – RM200,000)
RM200,000 seterusnya – 3% x RM200,000 = RM6,000 duti setem yang dibayar (Jumlah harga rumah RM700,00)
Ini bermakna jumlah bayaran duti setem pada rumah ini adalah RM15,000 sahaja
Selain dari pengiraan manual, anda juga boleh menggunakan kalkulator pengiraan duti setem disini PENGIRAAN DUTI SETEM BAGI PINDAH MILIK HARTA TANAH yang terdapat di laman web Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan juga boleh diakses melalui www.jpph.gov.my.
Sebagai pengguna anda harus tahu apakah hak anda dan bagaimana duti setem ini dikira. Supaya anda tidak tertipu atau menjadi mangsa penipuan pada pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan diatas ketidak pastian anda.
semoga info ini dapat membantu…
Ni lak aku try masuk amount umah yang aku menang tu, aku guna link ni PENGIRAAN DUTI SETEM BAGI PINDAH MILIK HARTA TANAH:-
Aku jadi makin x paham la..susah2...kalau ikut table ni baru RM540. Documentation harga beribu ker??Teringin gak aku nak tahu documentation apakah yang dibuat oleh lowyer?
4 comments:
ok good. Yang ini baru duit duti stamp yang kita buyer kena bayar kepada LHDN. Bukan pada lawyer.
So tolak yang dia charge, baki tinggal berapa ?
Lawyer fee ?
First 150,000 -- 1%
Ini untuk buat documents on MOT
Rumah Low Cost ?
Kena Buat Application kat Lembaga Perumahan
Land Search ?
Wajib ke buat ?
Statutory Declaration?
Wajib ke buat?
Kena buat homework lagi la nampaknya..hehehe
Tuanbri - Perunding Hartanah Lelong
ooo,macam tu...consider dia charge ok la ea?valuation rumah memang dia charge lain yer?boley tahu vacant possession tu apa?
dah baca posting aku pasal kos peguam ???
Bro, sumenyer dah jadi pon.later saya go n selak 1 1 the info. tension dah ni.apa yg masuk jadi 2 pilihan jew..btol salah..wat ever..
skang ngan deal ngan bank nak amik payment back!!nak bayr lawyer tu cepat2..tp kena sign doc lg skali!!!apa2 lah...yg pasti settle cepat!!org kt bank tu lg bagus layan customer dari lawyer yang konon tahu pasal akta pasal undang2 tp pasal hak pengguna langsung x tw!!! S**L!!
Post a Comment